Semua kakitangan diminta untuk membuat label pergerakan staf si tempat kerja masing-masing.
COUNTDOWN
Wednesday, 9 April 2014
Tuesday, 11 February 2014
Thursday, 23 January 2014
TAKLIMAT 5S KEPADA PELAJAR BARU JMTI
Pada 6 Januari 2014, Institut Teknikal Jepun Malaysia telah menerima kedatangan pelajar baru bagi sesi 1/2014. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar telah mendaftar pada hari tersebut bagi kursus Diploma dan Diploma dan Diploma Lanjutan. Perasmian Minggu Suai Kenal untuk pelajar-pelajar baru telah diadakan pada 7 Januari 2014, dan Jawatankuasa Latihan Amalan 5S JMTI telah mengadakan sesi taklimat untuk para pelajar baru. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Mohd Raris bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengarah II selaku Pengerusi Pelaksanaan 5S di JMTI. Taklimat yang disampaikan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar baru telah faedah dan kaedah pelaksanan 5S yang perlu diamalkan di institusi ini. Diharap dengan taklimat yang disampaikan semua pelajar dapat memahami dengan lebih jelas tentang kebaikan serta faedah amalan 5S ini sekaligus menjadikan mereka seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan tingkah laku.
Tuesday, 23 July 2013
PERSIJILAN SEMULA 5S
Pada 10 Julai 2013, Institut Teknikal Jepun-Malaysia telah menerima kunjungan Puan Kasturi Devi a/p Appanna dari MPC Zon Utara. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk persijilan semula amalan 5S yang telah tamat pada akhir Jun lalu. Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan JMTI termasuk para pelajar secara langsung dan tidak langsung akhirnya membuahkan hasil di mana JMTI sekali lagi telah dipersijilkan semua untuk amalan 5S. Semoga dengan persijilan semula ini kita semua akan lebih gigih untuk melaksanakan amalan ini secara berterusan. Akhir kata 5S dilaksana kualiti dan produktiviti di utama.
Monday, 27 May 2013
Wednesday, 3 April 2013
MELETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR @ REVERSE PARKING
Pada awal tahun ini pihak pengurusan bercadang untuk mempraktikkan 'reverse parking' kepada semua kakitangan yang mempunyai kenderaan. Tujuan amalan ini sebenarnya adalah sebagai satu langkah keselamatan yang digalakkan bagi memudahkan kakitangan untuk memandu keluar kenderaan masing-masing dengan cepat terutamanya sekira berlaku kecemasan. Di samping itu juga ia dapat mengurangkan perlanggaran.
Memang pada peringkat awal agak sukar untuk melaksanakan amalan ini terutamanya pemandu wanita tapi orang kata 'practice make perfect'. Bila lihat di kawasan letak kenderaan sekitar JMTI sudah ramai kakitangan yang mempraktikkan amalan ini, Insyaallah dari masa ke semasa mudah-mudahan semuanya akan mula membuat parking secara mengundur ini.
Berikut saya sediakan gambar tip untuk kita membuat reverse parking yang saya download dari internet, moga menjadi panduan untuk semua.(*kalau ade back sensor or reverse camera mungkin lebih mudah hehehe.... X0X0)
Thursday, 28 February 2013
FAEDAH MELAKSANAKAN AMALAN 5S
Amalan 5S adalah satu amalan yang perlu dipraktikkan kerana terdapat kebaikan yang akan kita perolehi. Faedah pelaksanaan 5S terutamanya di sektor pekerjaan adalah seperti berikut:-
- Meningkatkan imej korporat Jabatan/Agensi
- Mengurangkan rungutan pelanggan
- Meningkatkan semangat kerja berpasukan
- Penggunaan ruang kerja yang optimum
- Meningkatkan urusan penyelenggaraan
- Mengwujudkan piawaian kerja yang jelas
- Kawalan stok/inventori lebih berkesan
- Mengurangkan kos
- Tempat kerja lebih bersih, kemas dan rapi
- Persekitaran tempat kerja lebih selamat
Subscribe to:
Posts (Atom)








