Pada 10 Julai 2013, Institut Teknikal Jepun-Malaysia telah menerima kunjungan Puan Kasturi Devi a/p Appanna dari MPC Zon Utara. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk persijilan semula amalan 5S yang telah tamat pada akhir Jun lalu. Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan JMTI termasuk para pelajar secara langsung dan tidak langsung akhirnya membuahkan hasil di mana JMTI sekali lagi telah dipersijilkan semua untuk amalan 5S. Semoga dengan persijilan semula ini kita semua akan lebih gigih untuk melaksanakan amalan ini secara berterusan. Akhir kata 5S dilaksana kualiti dan produktiviti di utama.
No comments:
Post a Comment