Amalan 5S
merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun
dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula
dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang
bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan
Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih,
Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Amalan 5S
merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara
berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah
cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama
dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya,
penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi .
Amalan
5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana :
(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang
berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan
keselamatan yang nyata;
(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif
diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan
beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
(e) Operasi di tempat kerja lebih senang,
pantas dan selamat;
(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama
yang cemerlang; dan
(g)
Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.
No comments:
Post a Comment