Monday, 15 August 2016

5 MINIT 5S DI KELAS/BENGKEL (KUMP1)

Video ini hasil dari kerja tangan pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Tujuan video ini dilakukan bagi mendidik pelajar lain dalam melakukan aktiviti "5 minit 5s di kelas/bengkel".

5 MINIT 5S DI KELAS/BENGKEL (KUMP1)


Video ini hasil dari kerja tangan pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Tujuan video ini dilakukan bagi mendidik pelajar lain dalam melakukan aktiviti "5 minit 5s di kelas/bengkel".

Sunday, 27 March 2016

MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S


Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi .

 Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana :

(a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
(b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;

(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;

(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;

(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;

(f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.



                                                        Palam elektrik dinding beserta extension


                                        Pendakap basikal yang tidak mengganggu ruang tepi jalan


Sunday, 6 March 2016

Taklimat 5S untuk kakitangan baru


Pada 26.2.2016, satu taklimat ringkas pelaksanaan 5S telah diadakan untuk kakitangan baru seramai 15 orang. Taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi JK Latihan 5S JMTI iaitu Pn Rozaidah. Tujuan taklimat adalah memberi kesedaran dan pendedahan kepada kakitangan baru mengenai pelaksanaan 5S di Institut Teknikal Jepun Malaysia. Semoga dengan penerangan tersebut semua kakitangan baru dapat memahami kaedah pelaksanaan 5S dengan lebih jelas dan mampu menjadikan ia sebagai satu amalan baik dan berterusan.  






Wednesday, 17 February 2016

SEGALA ARTIKEL ADALAH HAK MILIK JAWATANKUASA LATIHAN 5S JMTI