Tahun 2012 telahpun meninggalkan kita dengan kenangan pahit manis yang kita sama2 rasai. JMTI telah menerima persijilan 5S pada tahun lepas dan semoga prestasi yang baik itu akan dikekalkan untuk tahun ini dan seterusnya. Kafe pun dah tukar tender yang baru jadi semangat pun kena baru....kali ni kafe pun kena buat 5S. Ini adalah wajah baru kafe JMTI yang sudah setahun kelihatan suram sekarang muncul dengan imej baru yang lebih ceria, bersih dan makanan pun byk pilihan....staf dan student pun x perlu dah makan di luar. Life is so easy now, back to the routine setiap pagi semua pun boleh berjumpa masa breakfast dan berbincang apa aktiviti yang akan dibuat pada setiap hari. Ada lagi satu perubahan...semua yang makan kat kafe kena letak pingan, mangkuk, cawan sudu dan sampah dalam tempat yang telah disediakan..self servis, so xde lah bersepah2 atas meja semua pinggan mangkuk sudu gelas tuh...elemen 5S yang pertama telah dibuat oleh kafe kita...sisihkan segala perkakasan yang tidak digunakan di tempat yang disediakan. Diharap semua yang makan di kafe akan mengamalkan budaya tersebut supaya suasana kafe akan lebih kemas dan teratur. Ni ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama...