Saturday, 12 May 2012

Staff On Duty

Setiap kawasan yang digunakan bersama perlu dibuat jadual tugas supaya persekitarannya sentiasa bersih, kemas dan terkini. Contohnya kawasan mesin fotostat, kawasan mesin pencetak, kawasan penyimpanan alat tulis dsb. Berikut disertakan contoh jadual tugas yang boleh diimplemen di kawasan kerja masing-masing.

 JADUAL PEMBERSIHAN KAWASAN PENCETAK


JADUAL KAKITANGAN BERTUGAS

Monday, 7 May 2012

Taklimat Pelaksanaan 5S untuk pelajar JMTI

Satu sesi taklimat dan penerangan berkenaan pelaksanaan 5S telah dibuat untuk semua pelajar JMTI pada hari perhimpunan bersama BPPL pada 7 Mei 2012 di Auditorium Tingkat 1. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras 5S JMTI iaitu En. Mohd Raris Mohamed Yusof. Semua pelajar diharap dapat bersama-sama untuk melaksanakan aktiviti 5S khususnya pelajar yang menginap di asrama.






Taklimat Pelaksanaan 5S untuk Kontraktor JMTI

Pada 3 Mei 2012 telah dibuat sesi taklimat berkenaan pelaksanaan 5S untuk semua kontraktor yang terlibat dengan JMTI seperti kontraktor keselamatan, kontraktor dewan makan, kontraktor lanskap, kontraktor pencuci bangunan dan pengusaha kafeteria. Dengan penerangan tersebut diharap para kontraktor akan lebih memahami konsep pelaksanaan 5S yang perlu dipraktikan di zon masing-masing.







Tuesday, 24 April 2012

Dokumentasi Pelaksanaan Amalan 5S

Dokumentasi pelaksanaan 5S di JMTI terdiri daripada 7 fail berikut iaitu:-


  • Fail JK Induk
  • Fail JK Pelaksanaan
  • Fail JK Latihan
  • Fail JK Promosi
  • Fail JK Audit
  • Fail JK Pengiktirafan
  • Fail Zon


Setiap kandungan fail terdiri dengan item berikut iaitu:-
  1. Pengenalan
  2. Carta Organisasi
  3. Polisi, Visi, Misi dan objektif
  4. Logo 5S
  5. Senarai Zon
  6. Pelan Lantai Zon
  7. Carta Perbatuan
  8. Surat Lantikan JK Kecil
  9. Minit Mesyuarat
  10. Manual 5S
  11. Kriteria Audit Dalaman
  12. Aktiviti Unit Promosi
  13. Aktiviti Unit Latihan
  14. Aktiviti Unit Audit
  15. Aktiviti Unit Pengiktirafan
  16. Impak Pelaksanaan

Tuesday, 17 April 2012

Panduan membuat Sudut 5S

Sudut 5S perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini berkaitan amalan 5S kepada warga institut/pejabat bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan amalan 5S. Sudut 5S perlu mengandungi perkara-perkara berikut

  • Nama bahagian/zon
  • Polisi 5S (saiz A4)
  • Struktur organisasi
  • Pelan susunatur zon
  • Gambar sebelum/selepas
  • Info aktiviti audit dalaman
  • Bahan-bahan berkaitan 5S
Di sini disediakan amalan baik untuk aktiviti sudut 5S yang boleh dijadikan panduan












Panduan membuat aktiviti susun



STRAIGHTEN / SUSUN

  1. Kawasan kerja dikemas. Menyenangkan untuk mencari barang yang diperlukan
  2. Strategi-strategi penyusunan:
  • Mengikut bentuk dan saiz
  • Mengikut kategori
  • Mengikut kekerapan penggunaan


"A place for everything and everything in its place."




SUSUNAN FAIL

SUSUNAN UNTUK KABINET

SUSUNAN ALAT TULIS

SUSUNAN PERALATAN STOR

MASTERLIST

SETIAP PERALATAN YANG DISUSUN PERLU DIBUAT SENARAI PENUH (MASTERLIST) YANG MANA IA BERTUJUAN UNTUK MEMUDAHKAN INDIVIDU YANG MENCARI SESUATU DOKUMEN ATAU BARANG.

TARGET KITA ADALAH
                                  




Panduan membuat aktiviti sisih


















SORT / SISIH

  • Buang semua yang tidak berguna lagi.
  • Asingkan item-item yang tidak diperlukan di tempat kerja.
  • Barangan berguna diasingkan mengikut kategori kerja. Yang tidak berguna dibuang
  • Barangan merbahaya diasing-asingkan mengikut tahap merbahayanya



Wednesday, 11 April 2012

Kursus Audit Dalaman 5S

Pada 9-10 April 2012 telah dijalankan kursus audit dalaman yang dikendalikan oleh wakil dari MPC Wilayah Utara iaitu En Josffa Ismail.  Kursus ini telah dihadiri oleh setiap wakil audit dari ILJTM Zon Utara yang terdiri daripada ADTEC Taiping, ADTEC Kulim, ILP Perai, ILP Kepala Batas, ILP Ipoh, ILP Jitra, ILP Arumugam Pillai, ILP Kangar, ILP Jitra dan tuan rumah JMTI. Kursus ini memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan pelaksanaan audit dalaman yang perlu dijalankan diperingkat institusi sebelum audit persijilan dilaksanakan. Semua peserta diterangkan tentang konsep pelaksanaan 5S terlebih dahulu sebelum membuat latihan amali audit dalaman. Semua peserta dipecahkan kepada 6 kumpulan dan dikehendaki untuk membuat amali audit mengikut zon dan seterusnya membentangkan hasil audit yang telah dijalankan. Di akhir kursus ini, Pengarah JMTI iaitu En Zaihan b. Shukri telah memberi amanat kepada semua peserta supaya bersama-sama berpadu tenaga untuk menjayakan projek 5S di institusi masing-masing.







Sunday, 8 April 2012

Sesi Penerangan Pelaksanaan 5S


Pada 28 Mac 2012 telah diadakan sesi penerangan pelaksanaan amalan 5S di JMTI. Sesi penerangan tersebut telah disampaikan oleh wakil dari ILP Pedas (institut pertama ILJTM yang dah dapat sijil 5S). Para peserta terdiri dari wakil ILJTM Zon Utara terdiri drpd ILP Perai, ILP Arumugam Pillai, ILP Kepala Batas, ILP Ipoh dan tuan rumah JMTI. Penerangan ini berkenaan cara pelaksanaan 5S yg telah dijalankan di ILP Pedas, seterusnya penerangan manual, dokumentasi fail amalan 5S seterusnya pelaksanaan audit dalaman. Menerusi taklimat tersebut diharapkan semua kakitangan yang terlibat mendapat gambaran jelas tentang bagaimana sebenarnya proses yang perlu dilaksanakan dalam menuju ke arah persijilan 5S.








Thursday, 5 April 2012

Polisi Amalan 5S JTM

JTM termasuk JMTI telah mensasarkan untuk persijilan 5S pada Jun 2012. Di sini adalah polisi amalan 5S  Jabatan Tenaga Manusia yang dipetik dari Manual Amalan 5S JTM yang dibangunkan oleh JK Teknikal Amalan 5S JTM


Menuju ke arah persijilan 5S

JMTI sedang bersama-sama ke arah persijilan 5S yang perlu dicapai pada tahun ini. Pelancaran 5S telah dibuat pada ****. Semua kakitangan perlu bersedia dan mengamalkan 5S setiap masa.


Memang pada peringkat awal susah untuk kita implemen budaya ini yang asalnya di bawa dari Jepun. Tetapi sekiranya semua menanamkan azam untuk berubah insyaallah kita semua akan berjaya.



LOGO 5S JMTI
SEGALA ARTIKEL ADALAH HAK MILIK JAWATANKUASA LATIHAN 5S JMTI